Friday, January 20, 2017

KEPENTINGAN PEMILIHAN ISU/CERITA/DIALOG UNTUK ADEGAN MEJA MAKAN DI DALAM FILEM/TELEMOVIE.


Kebelakangan ini, ramai nitizen menyatakan yang mereka muak dengan adegan-adegan di meja makan yang sering di tampilkan di kebanyakan filem/telemovie tempatan. Saya tidak merasakan itu adalah sesuatu yang perlu dibuang kerana itu adalah keperluan asas seorang manusia. Iaitu makan. Tetapi yang menjadi persoalan atau masalah disitu adalah isu atau isi perbualan di dalam adegan itu sendiri. Boleh dikatakan hampir semua telemovie hari ini pasti ada adegan di meja makan tidak kira di rumah, mahupun di kedai makan/restaurant.


Aspek pemilihan isu serta warna untuk situasi adegan ini sangat mencabar sebenarnya. Bagaimana ingin menggarap suatu babak cliché menjadi suatu babak yang yang mampu diingati atau menguji tahap kesedaran penonton terhadap isu yang ingin diangkat. Isu-isu yang diangkat ketika babak/scne ini menjadi cerminan bahawa filem/skrip kita tidak perlu hanya bercerita mengenai selepas kerja mahu bermain golf, kisah Dato/Datin serta Tan Sri, projek jutaan ringgit sedangkan kos hidup makin mencekik, atau sewaktu dengannya. Berceritalah mengenai realiti hidup, meskipun pahit untuk ditelan. Senarai 3 filem ini telah meninggalkan impak peribadi terhadap saya ketika di adegan meja makan, iaitu Bunohan, AADC1 dan Children Of Haven.


BUNOHAN.

Kebanyakan konflik di dalam Bunohan berlaku di kedai kopi. Orang Melayu dan cerita kedai kopi tidak boleh diasingkan dalam filem ini. Seperti lagu ‘Cerita Kedai Kopi’. Apa yang saya perhatikan, kedai kopi di dalam Filem Bunohan ini ibarat ‘parlimen’ apabila menjadi medan singgahan buat si baju (Pekin Ibrahim) dan hijau (Faizal Hussin). Tetapi harus diingat ‘Adil’ (Zahiril Adzim) tidak pernah muncul di kedai kopi, tetapi diwakili oleh Pok Wah (Namron) yang menuntut ‘keadilan’ tentang bayaran gelanggang dan peninju kerana Jolok (Hushairi Husain) gagal menunaikan janji. Sepatutnya bayaran harus dibuat selepas Awang Sonar (Soffi Jikan) termakan helah Jolok : ‘Jika Awang membuka gelanggang untuk berlawan, maka hutangnya dengan Jolok selesai’. Jika di perhatikan, premis yang dipilih (samaada didalam skrip atau visual pengarah) telah membuktikan ketidak sia-siaan adegan di meja makan ini dalam film ini.


ADA APA DENGAN CINTA 1.


Iya, cerita ini bercerita mengenai cinta. Tetapi skrip yang diselitkan menyedarkan saya sejarah yang benar tidak perlu diselindungkan. Mungkin ramai yang akan mengatakan saya obsess dengan film ini. Terpulang kepada anda, ini pandangan saya dan lihat apa yang skrip film ini cuba buktikan.


Ketika adegan diantara Cinta, Rangga dan Ayah Rangga makan siang, secara jujurnya mereka berbincang mengenai ayah Rangga yang sudah pencen tetapi tidak pernah merasa duit pencen. Tegasnya lagi adalah disebabkan ayahnya menulis tesis (penulisan ilmiah) mengenai korupsi pemerintah ketika itu pada tahun 1996 sedangkan ayahnya bekerja di pemerintahan (kerajaan). Rangga juga menegaskan yang ayahnya dituduh komunis dan lain-lain. Harus di ingat, filem ini dibikin pada tahun 2002, iaitu 4 tahun selepas perang ekonomi/krisis yang Malaysia juga merasa impaknya. Dan ini adalah filem yang di rakam selepas zaman kegelapan filem Indonesia. Zaman itu adalah selepas 36 tahun pemerintahan Presiden Suharto digulingkan oleh golongan mahasiswa, sama juga seperti zaman Soekarno. Masej yang ingin disampaikan jelas bahawa pemerintahan kuku besi, ketidakadilan serta isu kebebasan hak yang kononnya demokrasi terpimpin yang disuarakan Soekarno dan order baru oleh Suharto ternyata tidak serupa bikin. Adegan ini juga sebenarnya menegur dan mengkritik pemimpin dengan penuh santai sekali.


CHILDREN OF HAVEN.


Children Of Heaven sebuah filem yang sensitif, lembut dan humoris daripada cebisan kehidupan yang bukan seharusnya diratapi tetapi dinilai pengertiannya. Pengarah filem tersebut, Majid Majidi membuktikan bagaimana sebuah filem boleh bercerita tentang permasalahan keluarga yang kecil dengan impak sosialnya yang begitu universal. Benar, didalam film ini berlatarkan masalah kemiskinan dalam sebuah kehidupan harian di Iran. Bertitik tolak meengenai kehidup Ali dan adiknya Zahra yang dibesarkan dalam keluarga miskin di Iran. Memang tiada adegan di meja makan kerana semua aktiviti berlaku dalam ruang itu. Itulah ruang tamu, disitulah katil, disitulah ayahnya bekerja dan disitulah mereka makan dan minum. Ketika Zahra memberi air kepada ayahnya yang sedang membuat kerja, isu yang diangkat ketika babak itu cukup dramatik. Dia mempersoalkan isu kasut. Zahra meminta kasut sedangkan ibunya sedang sarat,ayahnya sedang bekerja, dan keadaan rumah yang begitu naif. Beliau masih menyoalkan tentang kasut! Sebenarnya kasut itu sendiri membawa suatu simbol yang begitu besar dalam filem ini. Ianya lebih kepada harapan atau destinasi untuk menuju kejayaan kerana kasut itu digunakan untuk ke sekolah. Filem ini menggambarkan golongan kelas ke-3 untuk meneruskan hidup mereka. Kasut itu menjadi simbolik kepada ‘kemiskinan’ kerana di jahit berkali-kali kerana itu sahaja harta yang mereka ada. Kasut menjadi titik-tolak kepada serangkaian peristiwa. Apa yang tergambar adalah sebuah drama kehidupan yang mengenalkan kita erti ketabahan dan kesungguhan yang digambarkan dengan lembut di sebalik kemesraan dan kebahagiaan antara keluarga. Di sebalik kegetiran hidup yang dilalui oleh kedua beradik ini, terpancul momen-momen komedi yang mampu melucukan, kerana bagi saya walau bagaimana susah sekalipun pasti punya saat tersenyum dan juga saat-saat indah.


Info: Filem Pendek dari Indonesia yang telah memenangi filem pendek terbaik di Festival Film Cannes tahun ini juga berlaku dimeja makan dan hampir keseluruhan film pendek ini berada di meja makan!



Naque Ariffin (15/12/2016),
Taman Ismail Marzuki,
Indonesia.

Friday, January 6, 2017

Sadisnya Sebuah Pengabdian.

Ramai mutahir ini bertanya kepada aku mengapa mahu sambung belajar hingga peringkat Sarjana. 'Apa lagi yang hendak dicari. Kau bukan nak jadi pensyarah pun.' Pertama, bagi aku ilmu itu tak pernah habis. Lagi pula itu adalah sebahagian dari hidup:  mendalami ilmu samaada duniawi mahupun akhirat. Bergerak seiring dan seimbang.  Tetapi alasan yang tidak pernah aku berani untuk memberitahu semua orang mengapa aku mahu sambung belajar dalam bidang Sarjana adalah aku memikirkan generasi mendatang. Ya! Bunyi macam Mahathir, sikit-sikit generasi mendatang. ahhh. Aku tahu bunyinya agak poyo. Dan pasti itu yang ramai dari kalian fikirkan. Oleh sebab itu aku tidak pernah berbicara tentang itu. Sekarang tidak tahu mengapa, aku ingin benar meluahkan.

Tidak mahu ada segolongan orang digelar ‘Pemilik Kebenaran’ dan memikirkan Generasi Mendatang.

Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak direkodkan, saban tahun banyak graduan-graduan seni pulang/selesai menuntut dari dalam dan luar Negara. Sebenarnya ada diantara mereka yang tidak dapat meneruskan jurusan dari Matrikulasi/Tingkatan 6 dan di campak ke dalam bidang kesenian. Ini paling sakit. Mungkin aku jenis orang yang tidak punya plan B. Ini kerana jika aku ada plan B, aku tidak akan berusaha sepenuhnya untuk plan A aku. Maka, mereka ini mungkin orang yang banyak plan dan redha di campak kan ke bidang kesenian (walaupun aku kurang setuju dalam hal ini dan tak perlu dibahaskan disini). Aku akui, anak-anak ini sangat cardas dan mampu menghafal dan menghadam segala teori. Tetapi seni ini bukan sekadar teori. Teater adalah kehidupan sehari-hari. Untuk melihat sejarah lepas, aku pernah dipanggil oleh Ahmad Yatim dan dikenalkan kepada seorang Graduan Seni Persembahan (Teater) yang baru pulang dari Kepulauan Inggeris. Aku diminta menjadi subjek kajian beliau. Ini merupakan bengkel lakonan yang Graduan itu lakukan berdasarkan hasil Thesis Sarjana beliau mengenai teknik lakon Stanislavsky. Aku belum bersetuju ketika itu tetapi perasaan teruja itu ada kerana aku adalah bahan eksperimen beliau. Macam biasa, aku seorang yang sangat haus dan dahaga dengan ilmu terutamanya kesenian, teater khususnya. Maka berlakulah diskusi mengenai hal ini. Aku bertanya pernah atau tidak beliau berlakon sebelum ini? Mungkin aku terlepas pandang dengan kehadirannya dalam industri samaada mainstream mahupun alternative/indie. Jawapannya tidak. Aku terkedu ketika itu tetapi masih berfikiran waras. Aku pulang selepas itu. Bukan untuk bersikap fasis. Tetapi ini aku tidak boleh relakan. Secara peribadi, aku kagum dengan hasih kajian beliau mengenai teknik atau gaya lakon Stanislavsky itu. Tetapi ianya hanya teori semata. Kesenian itu harus dirasai. Tubuh itu harus dikerjakan. Bukan Cuma jari yang mengetik dan otak yang menghafal. Mana mungkin kau berbicara mengenai enaknya masak lemak cili api, sedangkan kau tidak pernah merasainya. Pedas, masin, kuning kunyit, pedas, lemak dan lain-lain rasa yang ada. Kau ingin bercakap mengenai lakonan, tetapi kau tidak pernah berlakon. Ini yang bermain di fikiran aku. Kau mengkaji mengenai observasi dan imaginasi tetapi hanya secara aksara dan lisan tetapi tidak pernah dihasil uji. Lalu apa teori itu? Teori itu dibuat selepas ada hasil yang teruji dan di tuliskan dalam bentuk teori oleh pengkaji-pengkajinya. Ini yang aku fikirkan. Mungkin mereka pulang dan besar harapan mereka untuk duduk di belakang meja sebagai tenaga pengajar. Lalu mereka memegang atau pemilik kebenaran itu. Pengalaman kedua apabila aku pernah membuat pertunjukan/ persembahan di Selatan tanah air. Rata-rata mereka yang hadir adalah pelajar-pelajar dari sekolah seni. Sebenarnya, bukan itu pertama kali. Aku orangnya yang suka berbual. Ketika sedang melunaskan Ijazah, ada juga alumni dari sekolah seni ini menjelaskan kebingungan mereka.  Kecelaruan mereka dan nyata mereka tidak mendapat pendidikan yang benar di sekolah seni dan masih keliru dari segi genre/konsep/stail-bentuk setelah berada di alam kampus. Sedangkan bagi aku ini adalah asas sebenarnya dalam teater. Inilah yang aku risaukan. Guru mereka ini diiktiraf sebagai pemilik kebenaran. Apa yang dicakap atau dibahas oleh mereka harus dikata benar. Sadis!

Aku melihat diri aku dan bukan untuk bermegah. Jujurnya bukan itu yang ingin dicoretkan.
Dari kecil sebenarnya teater adalah padang permainan aku di taman budaya. Setelahnya, zaman Diploma dan Ijazah, semua bidang dalam teater telah aku terokai samaada dari segi teori mahupun praktial. Dari atas pentas sehingga belakang pentas. Dari pereka kreatif sehingga pembikin dan tukang.Bisa berbahas mengenai teori dan praktikal. Jatuh bangun orang yang mengabdikan teater aku lihat dengan mata. Aku rasai dengan hati. Namun aku terus berguru bersama seniman-seniaman hebat dan paling penting mereka adalah PEMAIN INDUSTRI/ PEMBIKIN. Bukan hanya jaguh kampung di tempat selesa. Sebentar, seniman disini aku maksudkan adalah orang yang bekerja dalam bidang seni. Mereka tidak perlu mendapat gelar seniman Negara dari pemerintah. Senang cerita, mereka ini wujud dalam industri (mainstream/indie) dan bukan hanya di belakang meja, pergi dan pulang kerja lalu berbicara mengenai kesenian semasa konon nya. Dan bercakap mengenai lakonan benar atau tidak. Teater adalah tentang buat/bikin bukan cakap atau sekadar kritik. Oh Tidak! Seni bukanlah bersifat diskursif kawan, tetapi bahasa yang berkembang. Mereka ini bernafas, makan, dan hidup dalam dunia ini dengan menyerahkan hidupnya kepada industri dan sebagai pembikin. Walau dia seorang guru sekolah seni/pensyarah/guru lakon dll, dia tetap terus berkarya di luar. Atau pernah meninggalkan sesuatu untuk di refrensi. Walau mereka tidak punya Sarjana mahupun Doktor gelar akademik, tetapi ilmu jalanan dari mereka aku kutip dan lebih aku hargai. Bisa duduk dan berbual dimana-mana dan bukan di cafe mewah semata. Resah. Keresahan ini selalu hadir. Ramai rakan-rakan yang bermati matian mengabdikan diri untuk menjadi seniman seumur hidup dengan merasai dan meraikan kesenian dalam bidang teater. Lalu ada segelintir mengaku sebagai pengarah teater, guru lakon, pelakon teater semata-mata mereka adalah lulusan teater dalam bidang/pengkhususan tadi, sedangkan sejauh mana eksplorasi mereka terhadap dunia teater/lakon ini selepas tamat kuliah? Maka mereka inilah pemilik kebenaran bagi generasi baru kelak. Sadis.


Apakah aku hanya sensatif dan emosi? Ahh..Menyedarkan pemilik kebenaran ini bukan tugas yang mudah. Sebab itu aku memilih bersaing. Kerana aku tidak boleh menerima itu. Bawah ini adalah orang-orang yang aku fikir sepatutnya ada dalam industri samaada pembikin atau pendidik untuk generasi mendatang. Mereka merupakan pengajar aku diluar bilik kuliah. Aku sering bersama mereka. Setiap hasil kerja aku pasti akan ada mereka dari segi visual ataupun spiritual. Bukan hanya teantang kerja, mereka mengerti makna kehidupan seni.


Guru sinografi/rekaan aku.

Guru Pengarahan aku

Guru lakonan/rujukan penulisan aku

 Guru pembentukan idea/ kreativiti/penulisan kritikan aku