Sunday, June 19, 2016

"Terakhir"



Lampu neon pusat bandar seakan malap dan hilang seri.
Senyuman juga tawar.
Berkali-kali aku ingtkan dalam diri.
"jadikan malam ini sempurna".

senyum palsu semakin menebal antara kita,
seketika...
lagu "All I Ask" semacam hantu berlegar dalam otak. pacah:
hati.
rasa.
naluri.

aku cuba senyum.
kau cuba tergelak.
pada dasarnya kita insan yang sedang 'mencuba'
sakit kan?

wayang gambar bermain.
kau terlena.
Aku semakin dustakan rasa.
Apa sebenarnya kita?

Macam budak belajar mengunyah aku meratah makanan,
kelat,tawar dan segala rasa menjengkelkan.
Nasi Lemak yang menjadi kegemaran warga kota seperti tiada keistemewaan.
Apa sebenarnya yang kita cuba palsukan?

Konklusi,
Senyum dan gelak palsu menjadi pembayang,
Air mata menjadi jawapan,
Ya, ini malam terakhir pacaran.

Dalam renyai air mata,
Kita angguk dan setuju,
Kau senyum, aku senyum
Walau dalam remuk dan hacur,
Harapan kian lebur,
Satu hubungan telah terkubur!





Thursday, June 16, 2016

Pengharapan

hari ini aku menulis kembali.
tidak ada semalam yang kekal,
tidak ada rindu yang berbalas,
tidak ada!
hilang punca segala pengharapan.

kembali aku mendengar lagu Firasat nyanyian penyanyi seberang.
sendiri melodinya hilang.
yang muncul selepas itu adalah wajahmu.
Ya, engkau yang aku rindu.

Ternyata lagu itu peluru,
yang menerjah pada wajah-wajah lama kenangan kita.
Apa kau buat tika dan detik ini?
masih ingatkah pada marhain cinta pada setiap nafas dan senyum mu?
iya, aku!
yang
selalu
ada
menunggu
kamu!