Wednesday, May 27, 2015

Review 7 - KONSEP 1 MALAYSIA DALAM PEMENTASAN UDA DAN DARA





Karya agung Sasterawan Negara Allahyarham Dato’ (Dr) Usman Awang ini adalah sebuah drama muzikal yang pada zahirnya drama ini adalah sebuah kisah cinta antara dua sejoli bernama Uda dan Dara. Idea awalnya daripada sebuah sajak yang beliau tulis pada 1956 bertajuk ‘Gadis Di Kuburan’. Kemudian diolah menjadi sebuah cerpen bertajuk ‘Uda dan Dara’. Pada 1972 cerpen itu dijadikan sebuah drama untuk persembahan TV dan seterusnya dipentaskan sebagai ‘Muzika Uda dan Dara’ – musikal pertama di Malaysia, 1972. Namun cerita sastera klasik Melayu ini sebenarnya memaparkan etika dan moral penghidupan berbeza antara buruk dan baik, kemuliaan dan kejahatan. Ia adalah contoh tauladan dan peringatan untuk manusia sejagat kerana sifat lemah akan nafsu dan pelupa harus disedarkan. Ini lah yang cuba diangkat dalam naskah jiwa dan air mata, Muzikal Uda dan Dara.

Muzikal Uda dan dara di pentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Canter (KLPac) dengan konsep yang begitu manimalis tetapi masih mampu memukau penonton. Diarahkan oleh Dato Faridah Merican, Muzikal Uda dan Dara ini dipentaskan dengan suntikan moden apabila pengarah melakukan adaptasi terhadap naskah asal. Uda Dan Dara versi 2015 ini mengisahkan tentang Uda, seorang pemuda Cina dari kampung. Uda memadu asmara dengan Dara, anak keluarga Melayu kaya dan berpengaruh namun jurang darjat ketara menjadi pemisah.

Melihat hasil garapan pengarahnya, teater yang dipentaskan di Pentas 1 KLPac ini masih sama jalan ceritanya, tetapi kali ini digarap dengan mengambil isu realiti yang dilalui masyarakat zaman ini. Meskipun isu perbezaan darjat antara miskin dan kaya sudah dilalui sejak zaman dahulu lagi, ianya masih relevan untuk diangkat dalam pementasan hari ini.

Selaku penonton, saya merasakan tempo permainan dalam Uda dan Dara bergerak agak baik. Adegan-adegan yang diangkat dalam pementasan ini bergerak cepat untuk di develop. Pacing dialog-dialog juga begitu baik dan kita dapat melihat ada kuasa kimia yang besar diantara watak Uda (Mark Lim) dan watak Dara (Hana Nadira). Dari aspek artistik persembahan, set yang digunakan kurang menyerlah dan begitu manimalis tetapi masih menjelaskan latar untuk sesuatu tempat dan latar masa.

Saya sedikit terganggu dengan adaptasi terhadap naskah jiwa dan air mata ini. Apakah pengarah ingin mengangkat konsep 1 malaysia di dalam persembahan ini dengan meletakan watak peneraju iaitu Uda yang berbangsa Cina? Selain itu, wujud watak yang cuba di ketengahkan seperti watak lelaki berbangsa India untuk menggamatkan suasaan dan cuba untuk memasukan eleman komedi dalam persembahan ini. Ternyata kaedah ini berjaya kerana rata-rata penonton ketawa ketika babak itu. Kembali ke topik asal, saya yakin konsep 1 Malaysia ini diketengahkan dalam pementasan ini.

Untuk melakukan sebuah teater muzikal, nyanyian dan penghayatan ketika menyanyi amatlah dititik berakan. Apa yang saya dapati ketika pementasan ini, watak Uda seolah-olah melepaskan batuk di tangga ketika menyanyi. Saya memang tidak ada masalah dengan kepelatan lidah beliau, tetapi saya menunggu tasmat dari suara beliau ketika menyanyi tetapi malangnya sehingga ke akhir pementasan nyanyian Uda mengecewakan. Saya merasakan, jika muzik dimainkan secara live, mungkin persembahan ini tampak lebih bertenaga.

Konklusinya, Muzikal Uda dan Dara versi 2015 ini akan lebih menyerlah jika kematangan produksi ini diuji sedikit lewat dari tarikh pementasan sebenar. Saya yakin, jika produksi ini sudah benar-benar matang, hasilnya pasti bombastik. Saya juga merasakan Teater Muzikal Uda dan Dara ini boleh memberi penanda aras kepada produksi muzikal ketika ini yang situasinya di ibatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Tuesday, May 26, 2015

Review 6 - MacBath versi Chin San Sooi




Macbeth merupakan sebuah naskah teater  klasik karya penulis agung, William Shakespeare yang ditulis sekitar tahun 1606. Drama ini adalah salah satu tragedi Shakespeare yang terkenal dan juga paling pendek. Teater Macbeth juga sudah banyak dipentaskan di seluruh dunia dalam pelbagai versi. Pengarah terkenal dari Jepun, Akira Kurosawa pernah mengarahkan sebuah filem bertajuk Kumonosu-jo yang merupakan adaptasi dari naskah hebat ini. Selain Akira, Orson Welles dan Roman Polanski juga pernah mengarahkan Macbeth dalam versi filem.

Naskah tragedi ini dipentaskan pada 4hb sehingga 12bh April di Pentas 1 Damansara Performing Arts Center (Dpac). Diarahkan oleh Chin San Sooi, Mac Beth kali ini membawa konsep Opera China untuk memberi  kelainan.

Berlatarkan set dan pencahayaan yang begitu sederhana tetepi menitik beratkan pada kostum dan tatarias, pujian harus diberikan kepada produksi ini kerena menurut informasi rata-rata daripada mereka semuanya sekadar membantu tanpa sebarang bayaran kerana ingin menyampaikan hasrat pengarahnya.

Tidak dinafikan, teater ini berjaya membuatkan kita terpesona dengan rekaan kostum dan tatariasnya. Penampilan pertama pelakon di atas pentas dengan kostum yang gah membuatkan penonton terpukau dan memberikan tepukan. Sayangnya, para pelakon tidak bijak bermain dengan kostum dan mensiakan satu-satunya unsur tasmat yang ada dalam persembahan ini begitu sahaja. Penggunaan muzik latar yang tidak memberikan sebarang impak juga mencacatkan sedikit persembahan ini. Ini kerana kebanyakan muzik tidak kena dengan situasi yang sedang di pamerkan.

Saya begitu tertarik dengan idea pengarah apabila memilih 3 watak ‘witch’ dimainkan oleh seorang pelakon sahaja. Ini berbeza dengan pementasan Macbeth yang pernah saya tonton sebelum ini. Watak ini dimainkan oleh Pearlly  Chua Poh Choo dengan baik dan berkesan ditambah pula dengan vokalnya yang mantap. Selain itu, watak Porter (dilakonkan oleh K.Pasupathy) juga harus diberikan pujian apabila kemunculannya membuatkan penonton terbangun dari lena sementara.

Sayangnya disini, pelakon-pelakon yang lain tertutup oleh kostum yang besar apabila lakonan mereka ibarat melepaskan batuk di tangga. Satu konklusi yang tepat adalah rata-rata dari mereka kurang bertenaga dan tidak dapat mengawal tempo persembahan memandangkan naskah ini dipentaskan hampir memakan masa dua jam lima belas minit.

Walaubagaimanapun, persembahan ini bukanlah  terlalu teruk. Pujian harus diberikan kepada Chin San Sooi kerana berani membawakan naskah tragedi Greek ini disaat penonton di Malaysia ketika ini gian dengan teater Muzikal. Tahniah kepada seluruh ahli produksi.