Monday, December 30, 2013

Mungkin Saja!

Mungkin saja kau tidak tahu,
Mata ini gentar bila bertentang.

Mungkin saja kau tidak tahu,
Degup ini laju tika kita ketemu ,

Mungkin saja kau tidak tahu,
Telinga ini sentiasa peka bila kau mula bicara,
kerana ku mahu menjadi pendengar setia
pada setiap baris  kata-kata.. 

Tapi kau perlu tahu, aku bukan pria palsu!
Yang cinta pada dua atau tiga..
Tidak!!
Hanya satu,hanya kamu..

naque ariffin,
tanah tinggi brinchang, Cameron Hightland





Saturday, December 21, 2013

laki-laki biasa

Oh tuhan (!) 
tolong beritahunya :

Jika benar dia cinta, 
Katakan padanya aku laki-laki biasa.

Jika dia mudah rasa tewas,
Katakan padanya aku benci pada penyerah yg tidak waras.

Jika dia sekadar suka-suka
Lupakan, kerana aku punya saka,
yakni tak suka buang masa.

Tapi (!)
jika dia benar-benar,
Katakan aku juga tak gentar untuk terus menyelam ke dasar,

Ingat (!)
jangan lupa kau pesan, "yang aku laki-laki biasa yang tak punya apa-apa" 

naque ariffin,
Jim Thomson Baglow, Brinchang Cameron Highlands.
03/09/2013


Tuli (!)

sakit !
bila hati sengaja di batukan

buta!
bila mata tak nampak yang sudah jelas

Apa lagi yang harus diperjuangkan tahap ini?
cinta?? ahhh!
pada tahap ini, cinta tiada makna,
bila kata putus sengaja dihumban nista,
pada tiap baris kata-kata..

Apa lagi yang di mahukan?
bila setiap kata tidak di endahkan..

ahhhh!
tuli (!)

naque ariffin,
21/12/13