‘Children Of Heaven’ mengisahkan kepayahan hidup Ali dan adiknya
Zahra yang dibesarkan dalam keluarga miskin di Iran. Kisah bermula apabila Ali
lakonan (Amir Farrokh Hashemian) secara tidak
sengaja kehilangan kasut adiknya yang diambil dari tukang kasut. Ali berpakat
dengan Zahra lakonan (Bahare Seddiqi) untuk
merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan ibu bapa mereka dengan membuat
perancangan yang akhirnya merumitkan mereka. Ali dan Zahra sedar ibu bapa
mereka sedang dihimpit masalah kewangan dan tidak mampu membelikan sepasang
kasut baru untuk Zahra sebagai ganti kasutnya yang hilang. Keadaan menjadi
lebih rumit apabila Ali memasuki satu pertandingan dengan harapan memenangi
hadiah sepasang kasut.
Children Of Heaven
sebuah filem yang sensitif, lembut dan humoris daripada cebisan kehidupan yang
bukan seharusnya diratapi tetapi dinilai pengertiannya. Pengarah filem
tersebut, Majid Majidi membuktikan bagaimana sebuah filem boleh bercerita
tentang permasalahan keluarga yang kecil dengan impak sosialnya yang begitu
universal.
Penulis berminat mendekati teori
semiotik didalam filem yang berlatarkan masalah kemiskinan dalam sebuah
kehidupan harian di Iran. Kita dihidangkan dengan babak menjahit kasut pada
permulaan cerita ini. Kasut itu sendiri membawa suatu simbol yang begitu besar
dalam filem ini. Ianya lebih kepada harapan atau destinasi untuk menuju
kejayaan kerana kasut itu digunakan untuk ke sekolah. Filem ini menggambarkan
golongan kelas ke-3 untuk meneruskan hidup mereka. Kasut itu menjadi simbolik
kepada ‘kemiskinan’ kerana di jahit berkali-kali kerana itu sahaja harta yang
mereka ada.
Kasut
menjadi titik-tolak kepada serangkaian peristiwa. Apa yang tergambar adalah
sebuah drama kehidupan yang mengenalkan kita erti ketabahan dan kesungguhan
yang digambarkan dengan lembut di sebalik kemesraan dan kebahagiaan antara
keluarga. Di sebalik kegetiran hidup yang dilalui oleh kedua beradik ini,
terpancul momen-momen komedi yang mampu melucukan, kerana bagi saya walau
bagaimana susah sekalipun pasti punya saat tersenyum dan juga saat-saat indah. Bayangkan,
mereka perlu berlari selepas dan ketika mahu pergi ke sekolah supaya si abang
dapat sampai ke sekolah pada waktunya. Kesukaran ini rupanya menjadi latihan
yang baik untuk Ali menyertai pertandingan larian jarak jauh yang disertainya
semata-mata untuk mendapatkan tempat ketiga yang akan menawarkan hadiah
sepasang kasut.
Visual kemiskinan cuba
digambarkan seterperinci mungkin, daripada keperluan keluarga Ali yang terpaksa
membeli kentang yang kurang baik. Ketika Ali sampai di sebuah kedai untuk
membeli kentang, dia terus ke bakul yang menyediakan kualiti kentang yang baik,
tetapi terpaksa akur dengan perintah pemilik kedai runcit itu supaya dia
mengambil kentang yang berada di bawah yakni kualitinya kurang baik. Disini
jelaslah unsur semiotik iaitu ikonik
dimana dari visual yang dipaparkan, Ali memang tidak mampu untuk membeli barang
itu. Seterusnya, bagaimana keluarga itu perlu menggunakan semula benang
daripada kain yang sudah tidak digunakan untuk dijadikan pakaian lain.Disini,
jelas unsur mystical speech yang
memberi gambaran kepada maksud yang ingin disampaikan.
Selain itu, gambaran pensil kayu
yang pada mulanya pendek dan digantikan dengan pensil yang panjang yang
dipegang oleh Zahra iaitu adik Ali. Bagi saya, maksud visual itu adalah harapan
dan kehidupan harus diteruskan. Ini merupakan sebuah filem yang mengajar erti kehidupan dan erti bersyukur
No comments:
Post a Comment