Friday, June 24, 2011

buat ayah 'TAJUL ARIFFIN ALIAS'


AYAH,

Kau pendorong bukanlah pendesak

apalagi memaksa diriku

Aku terlorong bukan terdesak

apalagi rasa terdera


Tak terkuis dugaan menduga

Apalagi takdir yang menerpa

Aku mengharap bukan menolak

Apalagi cuba melupa

Jasa dan bakti mu tak pernah ku alpa.


'selamat hari bapa'

dari anak mu yang papa..

tiada harta untuk di sapa,

sekadar sajak tanda ku tak lupa.

ucapa ikhlas, 'selamat hari bapa'..

Thursday, June 23, 2011

rindu sahabat





coretan ini mungkin tak seberapa nilainya.tidak mampu aku luahkan rasa yg meresap di jiwa, kedalam kemudahan eletronik ciptaan manusia ini kerana ia tidak mungkin melebihi rasa yang aku punya dalam diri,kurniaan Tuhan.

sahabat,
sesungguhnya pertemuan kita
sudah ditentukan oleh Allah SWT
aku amat hargai pertemuan ini
dan sesungguhnya perpisahan kelak
juga adalah takdir Tuhan
yang harus aku terima
dengan penuh keredhaan.

terima kasih aku buat tuhan
kerana meminjamkan aku seorang sabahat seperti mereka
doaku tuhan janganlah Kau bebani sahabatku ini
dengan musibah yang Kau uji untukku
sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku
untuk menjadi sahabat seteguh mereka,
kala dia ditempatku Kau pelihara dan lindungilah sahbat ku
dengan kasih sayang dan rezekimu
aminnn...