Sunday, January 10, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa.

nak dijadikan cerita,semasa aku lalu jalan kat sebuah kampung nie lepas makan durian,aku ternampak lah signbord nie (betul ke ejaan?)haha..aku tak perasan sebab dah banyak perubahan.


inilah selekoh sekolah lama aku!

Aku pun desak lah ayah aku suruh naik ke sekolah tu.untuk pengetahuan korang,aku dulu sekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN PETASIH (BERASRAMA)...budak kecil lagi dah duduk asrama?itulah yang orang cakap kat aku mase aku mula2 nak belajar kat situ..Masa tu aku baru darjah 4..hebat tak?darjah empat dah duduk asrama..tapi akhirnya aku belajar kat sini sampai darjah 6 tau..aku rindu sangat-sangat semasa sekolah rendah dulu..aku ade gak ambil gambar kat dalam sekolah ni untuk pengubat rindu..hahahahaha..jiwang gila ayat.Ramai nama dan muka kawan-kawan aku yang masih aku ingat.macam SHARIF,SHAFIQ,ANUAR,SHASHA,AIN SHUKUR,LIYANA,FATIAH,AYU,HAKIM..Kalau golongan-golongan CIKGU pulak seperti CIKGU ZAINAL,CIKGU FAKHRUL,CIKGU SYAHRUL,CIKGU DAAI,CIKGU KANARUL,CIKGU SAZALI,CIKGU ZUBAIDAH,CIKGU NIZAM..Kalau golongan2 WARDEN pulak seperti KAK SYAM,CIK BAHA,KAK YUS,CIKGU RABIYATUL,USTAZAH..ingatan aku kat sekolah ni tak pernah hilang.kalau diberi peluang,aku nak je kembali ke zaman dulu,tapi apakan daya.."jalan kena kehadapan,bukan kebelakang"..hmmmmm...semuanya tinggal kenangan.bawahnilah kenanganyang aku ade.


inilah LOGO sekolah..




dewan perhimpunan

pintu masuk sekolah


inilah kantin sekolah.cantik dan bersih.

INILAH ASRAMA AKU DAHULU.
dibawah inilah inilah kata-kata terakhir aku sebelum meninggalkan sekolah ini 6 tahun yang lalu.


p/s:aku jumpa dengan pengawal keselamatan ABG FAIZAL yang masih berkerja disekolah itu,tapi dia tidak sesehat dahulu.selepas je aku meninggalkan sekolah ini,perasaan sedih benar-benar timbul..hmmmmm..

Jom Makan Durian

anda suka makan durian tak?
haahaha..
kenape aku cakap pasal durian??
haaaa..ni yang nak story sikit..
hari ni ibu dan ayah ajak aku makan durian kat Kuala Klawang,Jelebu..layan beb..hahahaha..

seh poyo je padahal aku bukan nye suka sangat makan durian ni..hahahaha
lepas je makan durian kat satu tempat ni,kiteorang satu famly terus "terjah" tempat lain untuk cari durian yang lebih ummmmpppp!!!hahahaha

macam mane?terangkat tak?hahaha

ibu,muat tak bonet kereta nie?hahahah..errrkkkkkkkkk!(bau durian)


PIALA SUMBANGSIH..NEGERI SEMBILAN VS SELANGOR




malam semalam adalah hari yang aku tunggu-tunggu selama bulan januari ini.
mana tidaknye,negeri kesayangan aku akan berentap untuk PIALA SUMBANGSIH,final pulak tu.
seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini,aku mesti pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan secara live.aku pun pergi lah naik motor dengan kawan futsal aku,Fahmi & Sopi.

sebelum aku pergi,seperti biasalah 'IBU DUIT' iaitu mak long aku hulur RM5 kat aku..huuuu..
senyum sampai telinga aku..lalalalalal~(ada kaaa??)

sampai je stadium dah pukul 8.30..
aku duduk kat atas sekali ngan member2 kau..sebab stadium dah penuh..tak penah pulak aku tengok bola sebelum nie kat Paroi pehuh gila macam semalam.
hmmm..aku datang dengan satu harapan iaitu ingin menang(cehh,macam aku plak yang main)hahahahaha..tp semangat mesti ade..

pada minik ke 27 (kalau tak silap lah) jaringan pembukaan oleh negeri sembilan (n9) yang dijaringkan oleh Idris Karim..FUHHHH...time nie sape yang ade kat stadium je tau macam mane haruknye keadaan kat situ!lepas tu serangan demi serangan tp x jugak gol-gol.

akhirnya,selangor pulak yang gol!
aduh!!!
tercengan penonton negeri sembilan!(termasuk aku)!!!
lepas selang je 4 minit,selangor terus gol lagi...aiyyooooo!!!
n.9 x berjaya menyamakan kedudukan.sehingga masa penamat dan terpaksalah menanggung kekalahan.!!hmmmm..


"fahmi,sopi jum balik..aku dah kecewa ni"

dialog terakhir sebelum aku meninggalkan stadium.

Thursday, January 7, 2010

futsal





hye all.
rasenye dah beberapa hari tak update blog ni..
nie yang nak kongsi cerita ni.

smalam aku pergi main futsal dengan saudare aku nye kawan.
mulanya macam tak nak main coz dah malam & badan nie macam tidak mengizinkan.
tapi aku gagahkan jugaklah bawak kereta pergi pusat futsal ERS.

nak dijadikan cerita,saudare aku tak datang pada malam tu sebab minyak motor dia habis.
aku tak kesah sangat lah.
yang aku angin satu badan nie sebab kawan-kawan dia main mcam ttuuuuttttttttt!!!!!!
aku tak kesah kalau kalah,coz team dia pun x pernah menang.haaaahaaa(itulah realiti nya)
tp diaorang boleh pulak gelak-gelak dalam court futsal tu.
tu yang aku angin satu badan.
habis je mase aku terus keluar dari court futsal tu & campak duit kat diorang dan terus balik.
mungkin agak kurang ajar sikit,tp bagi aku
aku boleh hormat orang yang perlu dihormat dan orang yang menghormati aku saje.macam diaorang tu tak perlu dihormat kot sebab bukan nya pandai nak hormat orang lain.tu adalah kali terakhir aku main ngan team diorang!afta this no..no..no...!!!

Sunday, January 3, 2010

kena marah!


hye all..
korang semua mesti pernah kena marah kan?
same jugak ngan aku..
haaaa....
ceritanya bermula begini..
semalam aku tido rumah kawan aku fahmi,coz kita orang balik dari main futsal lambat.
kebetulan mak n ayah dia tak de rumah,kalau tak mane lah aku nak tido rumah dia..
setelah dengar je ayam berkokok sepoi-sepoi bahase pagi tu,aku teruslah bangun,start motor baru aku dan terus pulang ke rumah...

then pagi tadi aku sampai je rumah,dah kena marah dengan ibu!(sedeh gila kan?)
sebab munasabahnye adalah bilik aku bersepah..
haaaahahaha......(aku reda je lah)
dah besar pun tak pandai kemas bilik..
aku ape lagi,dah semula jadi hati aku ni cepat tersentuh kan..
tak macam sooi (bukan name sebanar)..dia nie hati bapak keras macam r0y..
anda kenal ke sape roy?
biarlah rahsia..
haaaa,,
okey,sambung balik..
aku naik atas dan kemaskan lah bilik aku..
berpeluh-peluh aku kemas..
hinggakan ERIK LEONG pon x boleh DEKO macan mane aku kemas bilik aku..
haaaaaahahahaha..
kesimpulannye,rajin-rajinlah kemas bilik kalau tak nak kena marah!
kikikiki

Friday, January 1, 2010

ala,dah nak mula semester 2!



aku blaja kat akedemi seni budaya dan warisan kebangsaan,dan menganbil jurusan TEATER.hmmmm..jiwa seni lah katekan!haaa..pada tarikh kramat 10/1/2010 aku akan mula mendaftar untuk sem-2..rasenye macam semalam baru je mula cuti sem,dah nak masuk balik!masa nie dengki betul la..aku harap x la banyak sangat assigmnt sem-2 nie coz boleh update blog yang baru lahir pada 1/1/2010 nie!
huuuu